Allahyarham
Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin
LATAR BELAKANG
Tan
Sri SM Nasimuddin SM Amin dilahirkan pada 25 Januari 1955 di Seremban, Negeri
Sembilan. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Tunku Munawir
pada tahun 1961-1966 manakalan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Tuanku
Muhammad, Kuala Pilah. Beliau amat berminat terhadap kereta dan industry
automobil.
Pada tahun 1974, beliau berusia 21 tahun, beliau telah menyimpan RM
80000 hasil daripada gaji sebagai pembantu kepada bapa beliau yang bekerja
sebagai kontraktor. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan
Melayu di Malaysia. Tan Sri SM Nasimuddin turut terlibat dengan pelbagai
perniagaan seperti permotoran, perhotelan, perladangan dan sebagainya. Beliau
memegang jawatan sebagai CEO Naza Group yang ditubuhkan pada 1979.
Beliau memulakan perniagaan automobil dengan
peruntukan Permit Import (AP) untuk mengimport kereta buatan asing. Hasilnya,
beliau telah mendapat keuntungan sebanyak sejuta ringgit dalam masa setahun.
Seterusnya, beliau mendapat pelbagai anugerah dan geralan hasil kerja keras
beliau selama ini. Antaranya ialah beliau memperoleh gelaran Panglima Setia
Mahkota (P.S.M) oleh D.Y.M.M Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, yang
membawa gelaran Tan Sri. Beliau juga merupakan rakyat Malaysia yang pertama
meraih anugerah Korea iaitu pingat khidmat industri Anugerah Presiden Korea
Selatan dari Son Sang-Ha. Pada 1 Mei 2008, beliau telah meninggal dunia akibat
barah paru-paru di Los Angeles California, Amerika Syarikat.
Pelbagai kejayaan
yang diperoleh oleh beliau sepanjang hayatnya. Kumpulan Naza, yang ditubuhkan pada 1979,
mempunyai 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri-industri seperti
pengedaran rokok, kredit dan sewaan, kejuruteraan, hotel, insurans, alat ganti
jentera, pengilangan, automotif, hartanah, pengangkutan, penanaman dan
kenderaan air. Kumpulan Naza kini memegang hak francais Malaysia untuk kenderaan
Kia dari Korea Selatan, dan Peugeot dari Perancis, serta juga permit import
untuk kenderaan Mazda. Naza kini telah menjadi pengimport kenderaan mewah
seperti Mercedes-Benz yang terbesar dan terpenting in Malaysia melalui
usaha-usaha seperti Naza-Brabus.
Antara
ciri-ciri usahawan ialah:
KOMITMEN
YANG TINGGI
Nasimuddin dikurniakan
beberapa anugerah dan gelaran, termasuk Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) oleh
DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, yang membawa gelaran Tan Sri.
Nasimuddin juga meraih pingat khidmat industri Anugerah Presiden Korea Selatan,
dari Son Sang-Ha duta negara tersebut ke Malaysia bagi pihak Presiden Korea
Selatan, kerana sumbangan beliau kepada industri automotif. Beliau ialah rakyat
Malaysia pertama yang meraih anugerah Korea tersebut.
Pada Ogos 2005, Naza membuka
pintunya untuk dewan pameran automotif baru yang menjadi mercu tanda syarikat
itu iaitu Naza Auto Mall di Petaling Jaya, Selangor. Manakala, kumpulan itu
mempunyai pembangunan hartanah yang dikenali sebagai TIDI Development Sdn
Bhd dan juga beberapa buah hotel di
Malaysia, dan Los Angeles, termasuk Howard Johnson di Torrance dan Crowne Plaza
Hotel di San Pedro, Los Angeles. Nasimuddin juga merupakan pengasas kelab bola
sepak Kuala Muda Naza FC yang bertapak di Kuala Muda, Kedah. Selain itu, beliau
juga pernah merancang pembinaan kilang yang bernilai RM1.2 bilion di Bertam,
Pulau Pinang. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh beliau dalam membawa kejayaan
kepada syarikatnya ke persada dunia. Beliau merupakan seorang usahawan yang
sangat berjaya dan berkomitmen tinggi.
MELIHAT
DAN MEREBUT PELUANG
Sikap usaha dalam melihat
dan merebut peluang yang telah Tan Sri Nasaruddin lakukan dapat dilihat apabila
beliau membeli 20 AP ( Permit Import ) lalu ke Jepun, dimana beliau
menghabiskan tiga bulan dan membawa kembali 20 unit pertama kereta Jepun
terpakai yang berjaya dijual kesemuanya dalam masa tiga bulan. Beliau memulakan
perniagaan automobil dalam sebuah kedai di Taman Maluri dan menjual 10 hingga
15 unit kereta sebulan.
Pada tahun 1979, beliau membuka cawangan di Kampung
Baru, Kuala Lumpur untuk menggiatkan lagi perniagaan peruncitan beliau dan
menjual 40 hingga 60 buah kereta sebulan. Melalui pengalamannya ini, beliau
memperoleh kecekapan mencari dan mengenal pasti peluang perniagaan yang wujud
dan berkemampuan di dalam memperluaskan pasaran. Kompentensi ini memberikan
faktor penting dalam kejayaan dan daya tahan sesuatu perniagaan dan melanjutkan
hayat perniagaan yang berpanjangan.
BERWAWASAN
Ketika berusia 21 tahun
iaitu sekitar tahun 1974, beliau telah menyimpan RM80,000 dalam akaun bank
hasil gaji sebagai pembantu bapa beliau yang bekerja sebagai
kontraktor (Ritikos, 2007). Perniagaan automobil beliau dimulakan dengan
satu peruntukan Permit Import (AP) untuk mengimport kereta buatan asing.
Tambahan lagi, beliau meraih hasil sejuta ringgit pertama beliau dalam masa
setahun.
Selain itu, beliau juga
terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan permotoran,
perhotelan, perladangan, kejuruteraan, perkhidmatan pengangkutan, alat-alat
mesin, pembuatan dan sebagainya. Kelebihan beliau ialah beliau adalah seorang
lelaki berwawasan, sederhana dan bijaksana yang berjimat setiap sen atau wang
yang ia terima dari orang tuanya sejak zaman persekolahannya lagi. Duit yang
diterima ketika membantu ayahnya dalam perniagaan pembinaan dan kemudian dari
pekerjaannya sendiri sebagai kerani. Sikap bijaksana dan serderhananya dalam
melakukan sesuatu perkara boleh dijadikan contoh kepada generasi masa depan
yang mempunyai wawasan. Hal ini demikian, kerana sikap tersebut mampu membentuk
seseorang yang bijak dalam menentukan matlamat hidupnya dan sekali gus dapat
membentuk seorang usahawan yang berjaya dan bijaksana.
BIJAK MENGAMBIL RISIKO
Beliau memperoleh jutaan
pertamanya setahun kemudian dengan memohon Permit Import kerajaan untuk kereta
dari Jepun. Memandangkan kecenderungan dan minat beliau kepada kereta dan
industri automobil. Sikap usaha dalam melihat dan merebut peluang beliau dapat
dilihat apabila membeli 20 AP (Permit Import). Oleh demikian, beliau bercadang
dan mengambil risiko untuk membawa kereta terpakai daripada Jepun. Tanpa
bertangguh, dengan bermodalkan RM80,000, beliau memohon 20 AP dan berangkat ke
negara matahari terbit iaitu Jepun dan menetap selama 3 bulan disana. Sekembalinya
beliau daripada Jepun, beliau juga telah membawa pulang 20 kereta
terpakai Jepun dan terus melakukan aktiviti pemasaran bagi memastikan kereta
beliau terjual. Dalam masa 3 bulan, beliau berjaya menjual kesemua kereta
tersebut (Mazlie, 2014).
Melalui pengamalan beliau, beliau memperoleh kecekapan mencari dan mengenai
pasti peluang perniagaan yang wujud dan berkemampuan dalam memperluaskan
pasaran. Ini membuktikan usaha yang gigih dan berterusan serta kehebatan yang
dimiliki oleh beliau.
RANGKAIAN
Terdapat beberapa buah anak
syarikat Naza dari bidang automotif. Antaranya ialah Naza Automotive
Manufacturing Sdn. Bhd., Naza Bikes Sdn. Bhd, Naza Motor Trading Sdn. Bhd, Nz
Wheels Sdn. Bhd( Mercedes- Benz), Naza Wheels Sdn. Bhd( Mazda), Naza-Brabus Motor
Sdn. Bhd, Naza Hamann Motor Sdn.Bhd, Nasim Sdn.Bhd (Peugeot), Naza Kia
Sdn. Bhd( Pengedar Kia Terbesar di Asia Pasifik), Naza Corporation Sdn. Bhd,
Next Bike Sdn. Bhd( Ducati & lain-lain), Naza Marine Sdn Bhd( Sea Doo), El
Hyosung Bikes Sdn. Bhd, Naza Mekar Sdn. Bhd( Perodua Dealership), Naza Bikers
Dream Sdn Bhd, Naza Prestige Bikers Sdn. Bhd dan Naza Primera Sdn. Bhd.
Manakala, dari segi perhotelan dan pembangunan hartanah pula ialah TTDI
Development Sdn Bhd, Naza Hotels Malaysia, Ramada Hotel, Torrance LA dan
Sheraton Hotel, San Pedro, LA.
No comments:
Post a Comment