PENGENALAN
Perkataan usahawan
dalam Bahasa Inggeris entrepreneur berasal daripada bahasa Peranchis entreprendre
yang bermaksud memikul tugas atau mencuba. Usahawan ialah individu yang mengusahakan
sesuatu perusahaan. Perusahaan dikaitkan dengan saiz kegiatan yang besar kecuali
perusahaan kecil.
Selain itu, usahawan
juga boleh ditakrifkan sebagai seseorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga
berjaya dengan motif memperoleh keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan
yang strategik untuk terus berjaya. Usahawan juga dikatakan mmpunyai ciri-ciri dan
profil diri yang unik dan hebat.
Antara ciri-ciri
umum profil usahawan berjaya ialah mengambil risiko yang dipertimbangkan iaitu semakin tinggi risiko. Semakin besar pulangannya.
Seterusnya, lokus kawalan dalaman iaitu tahap kepercayaan seseorang individu terhadap
kebolehan dirinya tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Ciri yang seterusnya
ialah kreatif dan inovatif iaitu menghasilkan idea dan konsep baru. Dalam pada itu,
dapat melihat dan mengambil peluang iaitu dapat meramal dan menganalisis peluang
yang ada untuk memperoleh keuntungan dan pelbagai lagi ciri-ciri yang lain.
Dengan tercetusnya pelbagai definisi
mengenai usahawan dan keusahawanan, hanya satu terma utama yang terhasil iaitu
keusahawanan dikenal pasti sebagai satu proses. Satu proses keputusan dan
tindakan bermula dari memulakan hingga menguruskan sesuatu perniagaan.
RANGKAIAN
Ciri usahawan yang penting
dan serta perlu ada dalam diri seseorang yang bergelar usahawanan berjaya ialah
mempunyai rangkaian yang meluas. Hal ini dikatakan sedemikian kerana rangkaian
yang meluas ini perlu ada bagi memajukan lagi sesebuah perniagaan sehingga ke
luar negara untuk mendapat untung yang tinggi. Rangkaian juga memainkan peranan
untuk berjaya dalam bidang keusahawanan kerana tanpa rangkaian yang meluas
sesebuah syarikat itu tidak berjaya dan tidak di kenali. Usahawan yang
dibincangkan ini seperti usahawan yang berjaya iaitu Datuk Wira Dr. Maznah
Hamid.
Beliau merupakan Pengerusi
Eksekutif Kumpulan Securiforce sejak tahun 1981 sehingga kini. Meskipun beliau
telah mendirikan rumah tangga, itu bukanlah penghalang kepada beliau untuk
terus memperoleh kejayaan dalam bidang yang diceburinya. Bukan itu sahaja,
beliau juga merupakan wanita pertama di Malaysia yang mengetuai syarikat
kawalan keselamatan.
Beliau merupakan usahawan
yang mementingkan rangkaian perniagaan. Buktinya Securiforce yang diasakan oleh
Datuk Maznah kini mempunya 50 cawangan dengan pekerja yang hampir 5000,
berates-ratus senjata api serta beberapa kenderaan berperisai. Perniagaan
beliau bertambah maju dan mempunyai banyak anak syarikat seperti Syarikat
Pembangunan Hartanah di Bandar Tun Razak dan Danau Lumayan. Ia juga telah
menubuhkan Securiforce Logistics di cawangan Bangkok, Singapura, China, Korea,
Jerman dan Turki. Perkara yang paling membanggakan ialah semua syarikat yang
telah ditubuhkan semakin berkembang tanpa campur tangan daripada institusi
perbankan.
Selain itu,
beliau juga telah menubuhkan MMC iaitu Maznah Motivational Centre bagi membantu
usahawan baru yang ingin memulakan perniagaan serta usahawan yang memerlukan
motivasi diri. Tambahan pula, beliau juga menubuhkan Klinik Keusahawan di
seluruh negara bagi membantu mereka yang berminat di dalam bidang perniagaan.
Falsafah kejayaan dah pencapaian beliau dapat dilihat berdasarkan pegangan
hidup beliau iaitu “The main capital in
business is yourself”.
Usahawan haruslah mempunyai
ciri-ciri kreativiti dan inovasi. Usahawan yang kreatif dan inovatif ialah
seseorang yang dapat menghasilkan idea dan konsep baru dan dapat
menterjemahkannnya kepada produk yang dapat dikormersialkan. Usahawan yang
kreatif merupakan usahawan yang mempunyai banyak idea, panjang akal dan
berupaya menghasilkan produk baru dan canggih serta unik. Manakala usahawan
yang mempunyai ciri inovatif ialah usahawan yag sentiasa ingin memperkembang
dan membuat pembaharuan dalam kerjayanya.
Usahawan pada abad ke-21
perlu mempunyai ciri-ciri kreativiti dan inovasi bagi mendapat kelebihan
persaingan terutamanya dalam bidang yang menggunakan teknologi tinggi dan
terkini. Jika tidak, usahawan akan dianggap ketinggalan dan tidak dapat
bersaing di pasaran global. Sebagai contoh, usahawan yang pandai dalam kreatif
dan inovasi ini ialah Datuk Tony Fernandes, kerana beliau mencipta satu
penerbangan yang mampu dinaiki oleh semua orang iaitu penerbangan tambang
murah. Mungkin orang lain tidak terfikir hal ini, namun dengan pengalaman dan
pemerhatian beliau menjadikan beliau berjaya sehingga kini.
Dato 'Anthony Francis Fernandes dilahirkan pada 30 April 1964.Beliau
juga dikenali sebagai Tony Fernandes .Beliau merupakan seorang usahawan
Malaysia dan juga pengasas Tune Air Sdn. Bhd. Tune Air Sdn. Bhd. merupakan
sebuah syarikat penerbangan yang memperkenalkan penerbangan tambang murah
kepada penduduk Malaysia dengan slogannya, "semua orang boleh
terbang". Tony Fernandes tidak
pernah terlibat dalam industri penerbangan sebelum ini dan beliau bermula dari
kosong. Beliau tidak mempunyai sebarang kepakaran melainkan minat. Ini
bermakna, sesuatu perniagaan tidak semestinya hanya boleh dilakukan golongan
yang sudah dalam industri terbabit.
Sebelumnya, sejumlah
analisis mengatakan bahawa Air Asia berada di dalam keadaan yang agak merosot
dengan hadirnya Malindo Air yang menawarkan penerbangan dengan harga kompetitif
ditambah pula dengan pelbagai kemudahan percuma seperti makanan dan minuman.
Tony Fernandez mengaku sangat menikmati perniagaan di Indonesia memandangkan
selama ini usahanya berjalan dengan lancer di tanah air. Bicara soal masalah
ekonomi yang tidak menentu ini, beliau mengaku tidak takut dan Air Asia masih
dalam keadaan yang baik.
Dalam pada itu, masalah harga minyak yang naik dan turun dengan cepat. Beliau berniat menurunkan harga tiket penerbangan supaya memudahkan pelanggannya. Tony Fernandez tetap berpegang teguh pada visinya untuk membuat lebih banyak orang di Asia boleh membuat perjalanan menggunakan kapal terbang.
Dalam pada itu, masalah harga minyak yang naik dan turun dengan cepat. Beliau berniat menurunkan harga tiket penerbangan supaya memudahkan pelanggannya. Tony Fernandez tetap berpegang teguh pada visinya untuk membuat lebih banyak orang di Asia boleh membuat perjalanan menggunakan kapal terbang.
Kesimpulannya, usahawan yang
mempunyai ciri keusahawanan kreatif dan inovatif patut dicontohi. Hal ini
kerana mereka mampu mencipta kejayaan kerana mereka sentiasa berusaha untuk
merealisasikan impian yang terlintas di fikiran.
Komitmen
adalah sesuatu keteguhan untuk berjanji kepada diri sendiri yang akan memacu
dan merangsang seseorang untuk terus berjuang dalam mencapai target yang
dicita-citakan serta tidak akan berhenti sebelum target yang dicita-citakan
tercapai. Komitmen tinggi merupakan ciri yang
paling penting dalam diri seorang usahawan kerana dapat menentukan kejayaan
perniagaan yang diceburi terutamanya perniagaan baru.Perniagaan baru masih
terdedah dengan risiko dan halangan-halangan bakal muncul memerlukan
usahawan memiliki komitmen dan keazaman yang kuat bagi mengatasi rasa takut.
Sebagai contoh usahawan yang sentiasa berkomitmen tinggi ialah Tan Sri Dato’
Loh Boon Siew.
Pada sekitar tahun 1980an, boleh
dikatakan 10 buah motorsikal yang berada di jalanraya, 7 buah daripadanya
adalah dari model Honda Boon Siew. Sedar atau tidak
nama Boon Siew pada motosikal Honda ini bukanlah datang dari Negara
Jepun tetapi ia adalah nama individu yang bertanggungjawab untuk membawa masuk motosikal
Honda terbabit ke Malaysia iaitu mendiang Dato’ Loh
Boon Siew.
Menurut sejarah, Tan Sri adalah seorang
yang buta huruf dan tidak boleh membaca. Walaupun beliau tidak boleh menulis
mahupun membaca, namun daya ingatan Tan Sri adalah sangat baik dan beliau
sering bergantung kepada ingatannya dalam membuat sebarang pertimbangan dan
keputusan. Beliau juga merupakan seorang yang sentiasa berpandangan jauh
kehadapan dan berkebolehan menjangka dan bersiap sedia. Ini adalah kunci kepada
kejayaannya pada hari ini.
Dalam
tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak
sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir
mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah
pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini
kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung. Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang
menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan
hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963,
motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati.
Selain itu, beliau adalah orang yang
berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual
di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga
dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus
meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10
tokoh usahawan terkemuka di Malaysia.
Sehingga
kini legasi Tan Sri masih kuat di Malaysia selagi motorsikal jenama Honda
berada di atas jalan raya Malaysia. Tugasan ini akan mengupas ciri-ciri
keusahawanan yang ada pada Tan Sri sehingga ia berjaya menjadikan beliau
sebagai salah seorang usahawan yang mempunyai komitmen yang tinggi walaupun
buta huruf dan tidak mempunyai sebarang latar belakang akademik yang tinggi.
Dalam
pada itu, Tan Sri juga dilihat sebagai seorang yang mempunyai tahap komitment
yang tinggi di dalam bidang permotoran. Daripada seorang pelatih mekanik pada
awal ketibaan beliau di Malaysia sehinggalah beliau berjaya menjadi pengedar
tunggal yang sah bagi mengedar dan menjual motorsikal Honda. Komitmen beliau
bukan sahaja tertumpu kepada penjualan motorsikal Honda semata-mata tetapi atas
dasar minat dan komitmen yang tinggi beliau mendirikan kilang motorsikal yang
pertama di Malaysia yang terletak di Mak Mandin pada tahun 1969.
Kesimpulannya, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya
seperti Tan Sri Loh Boon Siew, seseorang itu hendaklah mempunyai tahap komitmen
dan minat yang sangat tinggi terhadap bidang yang diceburi. Dengan komitmen
yang tinggi ini, ia dapat membantu individu terbabit untuk menjadi seseorang
yang yang berjaya dalam bidang yang diceburi.
Lokus kawalan merupakan satu konsep yang
dibangunkan oleh seorang ahli psikologi yang bernama Julian Rotter pada tahun
1950-an. Mereka yang mempunyai lokus kawalan dalaman memegang kepercayaan
bahawa mereka dapat mengawal nasib mereka sendiri. Mereka cenderung untuk
menyakini bahawa kemahiran, keupayaan dan usaha mereka sendiri menentukan
sebahagian besar pengalaman hidup mereka. Usahawan yang mempunya lokus kawalan
yang tinggi merupakan usahawan yang tidak mudah dipengaruhi oleh faktor luaran
seperti khabar angina yang tidak sahih.
Antara usahawan yang mempunya ciri lokus kawalan
dalaman yang tinggi ialah Dato’ Aliff Syukri bin Kamarzaman. Beliau merupakan
pengasas produk kecantikan yang terkenal di Malaysia iaitu D’Herbs Healthy Sdn
Bhd pada September 2010 dengan tagline “Terlajak Laris”.
Pernah suatu ketika dahulu, beliau mempunyai
masalah yang agak berat iaitu masalah mendapatkan modal. Permohonan pinjaman
bank telah di tolak oleh pihak bank. Namun begitu, beliau seorang yang tidak
mudah putus asa. Beliau cuba mendapatkan pinjaman melalui kenalan-kenalan rapat
serta para peserta yang pernah menghadiri bengkel kecantikan beliau. Dengan
modal RM100,000 hasil berniaga di pasar tani selama 2 tahun dan pinjaman awal
sudah memadai bagi beliau menghasilkan produk jenama beliau sendiri.
Meskipun, Dato’ Aliff sering disindir oleh saudara-mara
serta masyarakat kerana beliau hanyalah berkelulusan setakat SPM sahaja, namun
semangat beliau tidak pernah pudar. Beliau pegang kepada prinsip “sikit-sikit,
lama-lama menjadi bukit” yang membuatkan beliau lebih bersemangat untuk
mengembangkan perniagaannya. Lokus kawalan dalaman dalam diri beliau yang
tinggi inilah menyebabkan beliau tidak mudah terpengaruh dengan
sindiran-sindiran yang diterima oleh beliau. Ini membuktikan bahawa beliau
merupakan seorang usahawan yang cekal dan tidak mudah berputus asa selagi tidak
mencapai sesuatu yang diingini yang patut dicontohi oleh kita semua.
Risiko adalah
keadaan ketidakpastian dalam membuat sesuatu keputusan dan kesannya juga
haruslah ditanggung oleh pembuat keputusan. Selain itu, usahawan perlulah
membuat pertimbangan dan penilaian terhadap risiko. Usahawan terdedah kepada
pelbagai risiko. Risiko bermula apabila seseorang usahawan melibatkan diri
dalam bidang perniagaan. Seorang usahawan tidak takut akan mengambil risiko.
Mereka melihat setiap risiko yang dihadapi sebagai peluang untuk mengaut
keuntungan. Mereka berpendapat bahawa semakin tinggi sesuatu risiko, semakin
besar pulangannya. Sebaliknya, semakin kecil risiko, semakin sedikit
pulangannya.
Walau bagaimanapun, sebagai
seorang usahawan yang bijak, mereka tidak akan mengambil risiko secara
sewenang-wenangnya. Usahawan bukan penjudi. Mereka tidak akan mengambil sesuatu
keputusan dengan mengikut gerak hati sahaja. Mereka akan menimbangkan risiko
tersebut berdasarkan kelebihan dan kelemahan serta kemampuannya untuk
menghasilkan balasan yang lumayan. Usahawan hanya akan mengambil risiko
sekiranya risiko tersebut menjamin pulangan yang selamat. Usahawan
berkemungkinan besar akan mengalami kerugian sekiranya risiko tidak diperhitungkan
sebelum mengambil tindakan.
Contoh usahawan yang berani dalam menghadapi risiko ialah Tan Sri Lim Goh Tong. Beliau merupakan usahawan ketiga terkaya di dunia
pada tahun 2007. Beliau ialah pengasas Genting Group yang telah memberi banyak
sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara dengan pembukaan pusat hiburan
Genting Highlands. Beliau pernah dikatakan gila dan diketawakan semasa beliau
menyatakan hasratnya untuk membangunkan Gunung Ulu Kali. Orang lain menyatakan
hasrat itu adalah mustahil untuk mencapai dan menjangkakan pelaburan beliau
tidak akan memberi sebarang pulangan. Namun, beliau tidak peduli dengan ejekan
orang lain.
Tan Sri
Lim Goh Tong membentuk satu pasukan seramai 20 orang dan menggunakan 9 hari 9
malam untuk meninjau persekitaran Gunung Kali. Untuk menyiapkan jalan ke puncak
gunung dalam 3 tahun, beliau dan pasukannya bekerja 24 jam 7 hari seminggu.
Untuk menjimatkan masa, beliau sanggup tinggal dalam hutan dan gua agar jalan
itu dapat siap dalam tempoh masa yang ditetapkan. Sepanjang tempoh pembinaan
jalan itu, beliau nyaris mengorbankan nyawanya. Disebabkan sepanjang tempoh
itu, beliau dan pasukannya menghabiskan masa 24 jam setiap hari dalam hutan.
Dengan itu, mereka terdedah kepada risiko diserang oleh haiwan liar. Dari tahun
1965 hingga 1971, dalam 7 tahun tersebut, beliau bekerja tanpa pendapatan. Wang
belanjaannya diperoleh dari Rancangan Pengairan Kemubu di Kelantan. Disebabkan
hasratnya ini, beliau nyaris muflis kerana beliau telah melaburkan semua
wangnya dalam merealisasikan hasrat ini.
Tan Sri Lim Goh Tong
merupakan usahawan yang terbaik dalam menunjukkan ciri keusahawanan ini. Beliau
bukan sahaja sanggup menerima risiko mengalami kerugian, beliau juga menerima
risiko mengorbankan nyawanya. Semangat beliau yang begitu kental ini patut
dicontohi oleh generasi baharu. Dari pengalaman beliau, boleh dilihat bahawa
Tan Sri Lim Goh Tong telah mengambil risiko yang cukup besar untuk membangunkan
Gunung Ulu Kali. Sekiranya pada masa beliau melihat peluang ini, beliau takut
mengambil risiko ini atau berputus asa semasa diejek oleh orang lain, hari ini
Bukit Tinggi Genting tidak akan wujud dalam Malaysia.
Oleh itu, jelas sekali
bahawa kejayaan yang diraih oleh usahawan bukanlah mudah. Namun begitu,
sekiranya ingin menjadi usahawan yang berjaya, mereka perlu mempunyai
pengalaman yang luas dan semangat yang tinggi dalam diri serta sanggup
mengambil risiko tidak kira masa dan tempat.
Usahawan berusaha untuk mencapai
sesuatu matlamat dan memperoleh hasil dari sesuatu perniagaan. Seorang usahawan
dalam bergerak selalu mengutamakan mengerjakan tugas- tugasnya dengan baik,
sehingga mendapatkan hasil yang baik pula. Matlamat seorang usahawan mestilah
inginkan keuntungan yang lumayan. Hasil yang diperoleh akan membuatkan usahawan
menjadi semakin bersemangat untuk berusaha mencapai misi perniagaannya.
Dalam perniagaan, matlamat utama
organisasi yang berorientasikan hasil untuk memenuhi objektif dan menyedari
pertumbuhan positif. Kebanyakkan usahawan yang berjaya sentiasa melihat ke
depan. Dalam pada itu, usahawan juga sentiasa mencari jalan melakukan sesuatu
dengan kos yang lebih rendah daripada kebiasannya serta sentiasa mengambil
berat tentang pengiraan kos dan keuntungan atau kaedah pengurusan untuk
meningkatkan kecekapan sesebuah perniagaan. Setiap usahawan juga haruslah
memiliki pandangan jauh tentang keuntungan yang akan diperoleh kelak. Hal in
kerana mereka lebih cenderung untuk melihat hasil yang akan diperoleh yang
membuatkan mereka lebih berani untuk bertindak dengan apa jua cabaran yang
datang.
Contoh usahawan yang mempunyai ciri
ini ialah Datuk Jimmy Choo. Beliau merupakan rakyat Malaysia pertama yang
mendapat anugerah “Order Of The British Empire” oleh Permaisuri Englans, Queen
Elizabeth II pada tahun 2002. Beliau bukan sahaja pereka kasut yang terkenal,
malah seorang tukang membuat kasut yang mahir dan pakar dalam menghasilkan
hasil seninya.
Selepas tamat pengajian, Jimmy Choo
cuba untuk membuka kedai kasut dengan menyewa sebuah bangunan bekas hospital
yang ditinggalkan. Beliau terpaksa melalui 4 tahun yang menyedihkan kerana
perniagaannya tidak mendapat sambutan. Setelah 4 tahun beliau berusaha,
akhirnya rekaan beliau mendapat liputan di dalam Majalah Vogue iaitu majalah
fesyen yang terkenal di UK. Walaupun nama beliau telah dikenali ramai, namun
beliau tetap kecewa dengan perniagaannya yang terus merosot.
Namun begitu, semenjak mendiang
Puteri Diana berkenan dengan rekaan beliau dan membelinya, nama Jimmy Choo
terus melonjak di persada antarabangsa. Pada April 2001, beliau telah menjual
pegangan 50% dalam syarikat untuk menumpukan kerja-kerja yang dilakukan kepada
Jimmy Choo Couture yang dihasilkan di bawah lesen daripada Jimmy Choo Ltd. Pada
masa kini, jenama Jimmy Choo dikaitkan dengan gaya dan kemewahan serta telah
menjadi kegilaan artis di serata dunia. Malahan kasut Jimmy Choo juga mula
muncul di dalam filem-filem yang terkenal. Tambahan pula beliau dianggap duta
Malaysia di atas kejayaannya yang amat membanggakan itu. Beliau telah
memperkenalkan nama Malaysia di dunia fesyen.
Berdasarkan ciri yang ditunjukkan
oleh Jimmy Choo, dapat dilihat bahawa beliau komited dan efisien dalam
melakukan sesuatu tugas agar perniagaannya semakin maju. Kesimpulannya,
usahawan yang memiliki ciri ini mampu mencipta kejayaan kerana mereka sentiasa
berpandangan jauh.
Usahawan yang proaktif akan bertindak lebih agresif dalam segala tingkah
laku dan tindakan dalam dunia perniagaan. Usahawan memiliki matlamat, wawasan
dan sentiasa mahu maju ke hadapan. Usahawan akan lebih kreatif dan mahir
menghasilkan produk dan perkhidmatan dalam dunia perniagaan. Usahawan yang
proaktif juga melibatkan pencarian peluang baru yang di luar bidang operasi
perniagaan.
Seseorang usahawan perlu bersikap proaktif dalam perniagaan. Beliau perlu
mencari maklum balas terutamanya daripada pelanggannya dan bukan menunggu
pelanggan membuat aduan. Selain itu, sekiranya terdapat aduan dan sungutan
pelanggan mengenai keluaran ataupun perkhidmatan yang ditawarkan, usahawan seharusnya
tidak cepat marah tetapi sebaliknya bersifat terbuka dan menerima aduan
tersebut dengan senang hati. Ini kerana, melalui maklum balas tersebut,
usahawan dapat memperbaiki kelemahan yang ada dan seterusnya mencapai kejayaan
cemerlang dalam perniagaan.
Tambahan lagi usahawan yang proaktif adalah berkaitan dengan usahawan yang
bertindak secara inisiatif terhadap peluang dalam pasaran, tindakan mengambil
peluang ini ialah untuk membentuk sesuatu persekitaran baru. Tindakan ini
selalunya menyebabkan firma yang keusahawanan itu menjadi pemimpin di dalam
pasaran dengan mempengaruhi kaedah bersaing dengan membina permintaan baru.
Sebagai contoh usahawan yang proaktif iaitu
usahawan runcit iaitu Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali bin Mydin. Beliau merupakan
Pengasas pasaraya Mydin selepasa ayah beliau. Pasaraya Mydin adalah sebuah
pasaraya yang menawarkan harga barangan yang murah berbanding pasaraya lain.
Pengasas bagi Syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad ialah Tuan Mydin
Mohamed bin Ghulam Hussein. Permulaannya pada tahun 1957, beliau membuka kedai
kecil di Kota Bharu, Kelantan. Bermula dengan simpanan sendiri dan kemudiannya
mendapat pinjaman daripada institusi kewangan, beliau kini berjaya memiliki
lebih daripada 200 kedai termasuklah 12 pasaraya besar, 18 emporium borong, 3
bazar, 53 pasaraya mini, 10 kedai serbaneka & 5 francais di beberapa negeri
di Semenanjung Malaysia. Namun selepas Tuan Mydin, anak beliau Datuk Wira (Dr.)
Haji Ameer Ali Mydin menyambung legasi ini sebagai Pengarah Utusan Mydin.
Beliau bersikap proaktif dengan mencari peluang dalam pasaran serta
memenuhi permintaan dipasaran dengan harga yang berpatutan untuk bersaing
dengan pasaraya tempatan yang lain.Beliau juga mencari maklum balas dari
pelanggan untuk memenehu permintaan baru pelanggan. Oleh itu, usahawan perlu
memiliki ciri yang proaktif agar terus kekal dan berdaya maju di dalam bidang
perniagaan. Setiap usahawan yakin bahawa setiap permulaan perniagaan memerlukan
pengorbanan yang tinggi. Namun begitu, dengan perancangan yang rapi serta
strategi yang gempak, kejayaan akan datang dalam masa yang singkat.
Salam sejahtera!
ReplyDeleteNama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.
Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh Ibu Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada ibu Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com
Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan Ibu Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Ibu Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan